
Memaknai Ujian dari Allah SWT
Memahami cara Allah mendidik hati melalui Sabar, Istiqomah, Redha & Tawakkal.
Tarikh: 11 & 25 Julai, 15 & 29 Ogos, 2025
Hari: Jumaat (minggu ke-2 dan ke-4)
Masa: 5.00 AM - 6.00 AM
Platform: Online via Zoom
Yuran penyertaan: Infaq seikhlas hati
✨ Memahami cara Allah mendidik hati melalui Sabar, Istiqomah, Redha dan Tawakkal
Dalam hidup ini, tidak ada seorang pun dari kita yang terlepas daripada ujian. Ada yang diuji dengan kehilangan yang menyayat hati, ada yang dihimpit beban jiwa yang dipendam sendiri, dan ada pula yang kelihatan tenang di luar, tetapi hakikatnya sedang bergelut untuk terus bertahan dalam diam.
Ujian bukan sekadar tanda kita sedang diuji, ia adalah madrasah, ruang didikan Allah yang penuh rahmat. Di dalamnya, Allah membentuk hati kita satu demi satu agar lebih lembut, lebih sedar, dan lebih bergantung kepadaNya. Dalam ujian, kita belajar siapa diri kita yang sebenar, dan siapa tempat sandaran yang sebenar.
Tetapi untuk memahami hikmah di sebalik setiap ujian, hati kita perlu dibimbing. Kita perlu tahu bagaimana untuk sabar saat emosi mula menguasai, bagaimana untuk kekal istiqamah walau langkah terasa berat, bagaimana untuk reda dengan apa yang tidak kita pinta, dan akhirnya bagaimana untuk bertawakal dengan melepaskan segala yang bukan dalam kawalan kita kepada Allah yang Maha Mengetahui.
Halaqah ini bukan ruang untuk menyuruh kita jadi kuat dalam sehari. Ia adalah tempat untuk kita sama-sama belajar perlahan-lahan melalui ayat-ayat Allah, kisah sirah para nabi, dan suara-suara hati yang juga sedang mencari, sama seperti kita.
✨ Siri tajuk & tarikh halaqah
Siri 1: Sabar
Tarikh: 11 Julai 2025
Sabar pada saat pertama - Bagaimana menenangkan hati saat ujian datang secara tiba-tiba? Apakah sabar itu menahan, berdiam, atau bertindak?
Siri 2: Istiqomah
Tarikh: 25 Julai 2025
Bertahan di jalan yang panjang - Bagaimana untuk terus melangkah dalam kebaikan walaupun ujian berpanjangan? Apa yang membezakan kekuatan luar dan keteguhan iman?
Siri 3: Redha
Tarikh: 15 Ogos 2025
Tenang menerima apa yang Allah takdirkan - Bagaimana menerima takdir yang tidak diminta? Bolehkah redha hadir bersama rasa sedih?
Siri 4: Tawakkal
Tarikh: 29 Ogos 2025
Sandarkan harapan pada Yang Tak Pernah Mengecewakan - Bagaimana menyerahkan seluruh urusan kepada Allah setelah segala usaha dilakukan? Bagaimana melepaskan beban yang bukan lagi dalam kawalan?
✨ Tujuan halaqah
Halaqah ini diadakan sebagai ruang untuk merenung dan memulihkan diri melalui kefahaman yang lebih mendalam tentang hikmah ujian dalam hidup. Setiap sesi membawa peserta menyelami bagaimana Allah mendidik hati manusia melalui ujian bukan untuk melemahkan, tetapi untuk menguatkan dengan sabar, meneguhkan dengan istiqamah, menenangkan dengan redha, dan melepaskan beban dengan tawakal.
Ia juga menjadi tempat untuk kita melihat semula pengalaman hidup bukan sekadar dari sudut rasa, tetapi dari sudut tujuan agar ujian tidak hanya ditanggung, tetapi dimaknai dan dilepaskan dengan yakin kepada Allah yang Maha Lembut dan Maha Mengetahui.
✨ Siapa yang patut sertai halaqah ini?
Halaqah ini terbuka kepada semua wanita, terutamanya yang:
- Sedang menghadapi cabaran hidup, perubahan besar, atau tekanan emosi yang tidak mudah diluahkan
- Pernah diuji dengan kehilangan, kekecewaan, atau doa yang belum dimakbulkan
- Mahu mencari ketenangan melalui ayat-ayat Allah, dan memahami ujian dengan bimbingan iman
- Ingin belajar untuk menjadi lebih sabar, lebih teguh, lebih redha dan lebih berserah dalam menghadapi ujian hidup
- Mahu berada dalam komuniti kecil yang tenang, tidak menghakimi, dan saling menyokong
Maklumat penting untuk peserta:
- Sesi halaqah ini akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Jika anda tidak memahami Bahasa Malaysia, halaqah ini mungkin tidak sesuai untuk anda.
- Untuk peserta di luar ,alaysia / bukan warganegara / tiada akaun bank Malaysia, sila hubungi WhatsApp Admin untuk arahan pendaftaran khas - WhatsApp Admin
Selepas Pendaftaran:
- Selepas anda mendaftar, anda akan menerima emel pengesahan (confirmation email).
- Di dalam emel tersebut, terdapat pautan untuk mendaftar di laman Zoom bagi mendapatkan link Zoom untuk semua sesi.
- Emel itu juga mengandungi pautan untuk menyertai kumpulan Telegram Halaqah.
Sila pastikan anda semak emel anda selepas mendaftar. Jika anda tidak menerima sebarang emel atau mempunyai sebarang pertanyaan, jangan risau, anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp Admin
PERINGATAN PENTING
1. Semua pendaftaran peserta adalah muktamad.
2. Bahasa yang akan digunakan dalam sesi ini ialah Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia (tidak sesuai untuk mereka yang tidak fasih atau tidak memahami Bahasa Malaysia).
3. Sebarang infaq yang dibuat tidak akan dikembalikan.
4. Peserta tidak boleh menukar tiket pendaftaran kepada program lain atau tarikh lain pada masa akan datang.
5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang isu kecuaian atau perkara lain yang berpunca daripada pihak peserta.
6. Dengan mendaftar untuk sesi ini, peserta dianggap telah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.